16 July 2012

Sharifah Fatimah

Sharifah Fatimah - lahir tahun 1948 di Alor Aetar, Kedah. Beliau bersekolah di Alor Star dan sambung belajar di Institut Teknologi MARA (1967) dan menerima Diploma Seni Lukis (1971) dan juga menerima hadiah Pelajar Terbaik Institut Teknologi Mara. Seterusnya belajar di Reading University, England (1973-1976) dan Ijazah Sarjana Seni Lukis dari Pratt Institute, New York (1978). Beliau pernah menerima banyak hadiah dan pengiktirafan. Contohnya,anugerah Merit Tertinggi Pertandingan Rekaan Batik , daripada Balai Seni Lukis Negara (1968). Seterusnya, hadiah pelajar terbaik Institut Teknologi Mara (1971), Hadiah Universiti daripada Reading University (1976), Pratt Studio Scholar Award dari Pratt University (1977), Hadiah Utama Salon Malaysia (1979) dan Anugerah Young Contemporaries oleh Balai Seni Lukis (1981) dan Fellowship British Council (1987) Beliau adalah pelukis tersohor Malaysia 1970-an. Ratusan pameran telah beliau terlibatkan baik di dalam mahupun di luar negara. Banyak karya beliau telah dijual biarpun dalam negeri meskipun luar negara.Antara ialah,Balai Seni Lukis Negara, Muzium Negeri Pulau Pinang, United Overseas Bank Singapura, Bank Bumiputra Kuala Lumpur, Museum of Modern Art of New York, National Gallery of Fine Art Jordan, Bank Negara Malaysia dan Museum of Contemporary Art Dubrovnik Crotia.

No comments:

Post a Comment

This painting by Prof. Awang Damit is available in our gallery, anyone interested pls call or whatsapp Lanie 014 2427760

Artist : Prof. Awang Damit Title : Payarama "Arca Semudra....Jingga" 2012 Medium : Mixed Media on Canvas Size : 170x170 cm