06 February 2012

Ab ibrahim


A. B. Ibrahim atau Ibrahim bin Abu Bakar dilahirkan di Derga, Alor Setar dalam tahun 1925. Beliau adalah anak kelima dari sembilan orang adik-beradik. Persekolahan beliau hanya setakat darjah empat di Sekolah Rendah Melayu Derga. Apabila tamat persekolahan beliau menjadi peniaga di Pekan Rabu
Ketika meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 ketika berumur 16 tahun beliau bertugas sebagai seorang buruh JKR membina jalan-raya.
Pada zaman Jepun, A.B. Ibrahim merebut peluang melukis. Pentadbiran tentera Jepun menggalakkan kerja-kerja melukis dan menganjurkan peraduan-peraduan melukis di pelbagai peringkat. Jepun menggunakan lukisan sebagai alat propaganda perang.
Lukisan A.B. Ibrahim mendapat sambutan yang baik dari pentadbir Jepun. Perniagaan beliau di Pekan Rabu merosot lalu beliau terpaksa menutup kedai dan menjadi buruh kasar membina jalan keretapi.
A.B. Ibrahim hampir dibawa ke Burma menjadi buruh ‘keretapi maut’ tetapi pegawai Jepun mahu beliau tinggal di Kedah melukis poster untuk propaganda Jepun. Beliau seterusnya membuka kedai kopi di Pekan Rabu.
Pada 1 April 1946, A.B. Ibrahim dengan A.J. Rahman dan Saidin Yahaya membuka sebuah kedai seni lukis yang diberi nama ‘Warna Art Studio’. Pada masa itu A.B. Ibrahim merupakan pelukis pertama di Malaysia yang bergantung hidup hanya kepada melukis.
‘Warna Art Studio’ hidup sebagai kedai membuat iklan, poster papan kenyataan berbentuk grafik di samping menghasilkan karya seni halus. Lukisan beliau mendapat sambutan hebat dari masyarakat British yang mengumpul lukisan untuk dibawa balik ke Eropah. A.B. Ibrahim amat cergas menganjurkan pameran-pameran seni lukis dan bergiat dalam Persatuan Pelukis Melayu sebagai pengasas.
Dalam tahun 1957, beliau menjadikan rumahnya sebagai studio. A.B. Ibrahim mempunyai keistimewaan tersendiri dalam penggunaan cat air. Beliau dijemput menyertai pelukis di Ipoh dan Kuala Lumpur.
A.B. Ibrahim menyertai semua pameran anjuran Kerajaan dan Persatuan Pelukis Melayu di seluruh negara. Balai Seni Negara mempunyai 12 buah karyanya dan Balai Seni Negeri mempunyai 9 buah. Karyanya pernah menghiasi majalah ‘Mastika’ dan ‘Dewan Sastera’. A.B. Ibrahim meninggal dunia pada 25 Disember 1977.

1 comment:

  1. Maaf, boleh saya tahu lukisan kapal tersebut mengisahkan tentang apa ye ? dan adakah karya tersebut berdasarkan penglamannya ketika beliau masih hidup.

    ReplyDelete

This new paintings by Yap Chin Hoe are now available in our gallery, anyone interested pls call or whatsapp Lanie 014 2427760

Yap Chin Hoe Temptation II, 2024 Acrylic on Canvas 20x20" Yap Chin Hoe Temptation I, 2024 Acrylic on Canvas 20x20" Yap Chin Hoe Ex...